LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026 – DILEA Tuisyen Rakyat: OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 2

Laporan Aktiviti | 21 January 2026
NADI DILEA: TUISYEN RAKYAT – OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 2
Tarikh05 Januari 2026
Masa3:30 Petang – 4:30 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 5 Orang

Objektif

Open Tuition merupakan penambahan inisiatif pembelajaran melalui platform DILEA Digital Learning iaitu sebuah program bimbingan akademik atau lebih dikenali dengan NADI DILEA Tuisyen Rakyat. Sesi ini terbuka kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang akan diberi bimbingan dalam 6 mata pelajaran iaitu Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Pengajian Am. Melalui sesi ini juga, para peserta dapat mengembangkan lagi potensi diri demi mencapai kejayaan cemerlang dalam lapangan akademik.

Aktiviti

Sesi Open Tuition Matematik Tingkatan 2 kali ini membawa perkongsian berkaitan topik Pemfaktoran Dan Pecahan Algebra yang dijalankan menggunakan platform Google Meet iaitu guru memberi bimbingan dari segi perkongsian tips, nota dan juga latihan. Selain itu, para peserta turut diberi tugasan untuk menjawab soalan kuiz interaktif mengenai topik yang dipelajari bagi menguji tahap kefahaman mereka. Para peserta juga berpeluang mengambil bahagian secara aktif melalui pembelajaran secara berkumpulan.