LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2026: DILEA Tuisyen Rakyat: OPEN TUITION BAHASA MELAYU TINGKATAN 2
| DILEA Tuisyen Rakyat: OPEN TUITION BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 | |
| Tarikh | 5 Februari 2026 |
| Masa | 3:30 Petang – 4:30 Petang |
| Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
| Peserta | 5 Orang |
Objektif
Open Tuition merupakan penambahan inisiatif pembelajaran melalui platform DILEA Digital Learning iaitu sebuah program bimbingan akademik atau lebih dikenali dengan NADI DILEA Tuisyen Rakyat. Sesi ini terbuka kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang akan diberi bimbingan dalam 6 mata pelajaran iaitu Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Pengajian Am. Melalui sesi ini juga, para peserta dapat mengembangkan lagi potensi diri demi mencapai kejayaan cemerlang dalam lapangan akademik.
Aktiviti
Sesi Open Tuition Bahasa Melayu Tingkatan 2 ini dilaksanakan melalui platform Google Meet iaitu guru memberi bimbingan dari segi perkongsian tips, nota dan juga latihan. Selain itu, para peserta turut diberi tugasan untuk menjawab soalan kuiz mengenai topik yang dipelajari bagi menguji tahap kefahaman mereka. Para peserta juga berpeluang mengambil bahagian secara aktif melalui pembelajaran secara berkumpulan.
DILEA Tuisyen Rakyat: OPEN TUITION BAHASA MELAYU TINGKATAN 2