HARI BERSAMA KOMUNITI PI FELDA JENGKA 1 2019 |
||
Tarikh |
: |
08 Ogos 2019 |
Masa |
: |
10.00 Pagi – 4.00 Petang |
Lokasi |
: |
Pusat Internet Felda Jengka 16 |
Peserta |
: |
132 Orang |
Objektif
Program ini diadakan bagi mewujudkan komuniti mesra ICT dan memperkenalkan Pusat Internet sebagai “one stop digital centre” dan tempat rujukan komuniti yang boleh dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu, adalah bagi mempromosi dan memperkenalkan salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Health.
- Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang program ini berlangsung di antaranya adalah Pertandingna Mewarna Murid-murid Tabika Kemas & Literasi, Pemeriksaan Kesihatan My Health – (Tekanan Darah, Gula Dalam Darah, timbang berat & ukuran tinggi – BMI), Spelling Bee, Origami AbcYa, Gubahan Lolipop, Find The Technology, Poster Kreatif MyPosterWall, Cabutan Nombor Bertuah dan pelbagai lagi. Selain itu, program ini turut disertai dan dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Klinik Kesihatan Bandar Jengka, Amanah Ikhtiar Cawangan Maran dan lain-lain lagi.