Kali ini jom kita ikuti review Dato’ Sri Hajah DS Shahaniza Shamsuddin berkunjung ke sebuah restoran yang tular dengan kecantikan dan keindahan persekitaran restoranya iaitu Restoran Teratak Bonda Sentuhan Kasih. Menjadi perhatian dek kerana keenakan pelbagai menu dan hidangan seperti Lempeng Nyo, Gulai Kawah, Laksa Lemak, Laksam, Mi Kari dan pelbagai lagi. Restoran ini baru sahaja beroperasi tetapi telah mendapat perhatian ramai kerana kelazatan dan kesedapan menu yang disediakan. Pelbagai juadah dan menu yang enak di sini telah berjaya memikat hati para pelanggan yang bertandang.