mcmc
Galeri Video

AWAS!! ELAKKAN DIRI DARI TERJEBAK DENGAN SKIM PENIPUAN PELABURAN

 

 

Skim penipuan pelaburan lazimnya akan menjanjikan pulangan yang lumayan yang tidak masuk akal dalam masa yang singkat tanpa sebarang risiko. Berhati-hatilah terhadap peluang pelaburan seperti itu dan amat penting untuk melabur melalui syarikat yang dilesenkan atau berdaftar. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak untuk mengenalpasti ciri-ciri skim penipuan dan diingatkan untuk melakukan semakan lanjut sebelum membuat sebarang pelaburan.