mcmc
Galeri Video

TAMAN SEMANIS KELAPA (FELDA JENGKA 19) – MENARIK DI MARAN

Sebuah taman rekreasi yang sesuai dijadikan sebagai lokasi penggambaran dan OOTD ala-ala pantai yang terletak di Felda Siantan Jengka 19. Tempat tumpuan orang ramai yang menyajikan permandangan yang indah dan menarik. Reka bentuk taman ini seolah-olah memberi gambaran seperti suasana di sebuah pantai sebenar. Reka bentuk taman ini adalah cetusan idea dan kerjasama oleh penduduk FELDA Jengka 19 yang  dinamakan sebagai Taman Semanis Kelapa. Lokasi terletak berhampiran simpang masuk ke FELDA Jengka 19. Terdapat dua bahagian taman yang indah sesuai untuk orang ramai bergambar iaitu kincir angin dan juga Exora Hill yang terletak di bahagian atas taman ini.