Skim penipuan pelaburan lazimnya akan menjanjikan pulangan yang sangat lumayan dan tidak masuk akal dalam masa yang singkat tanpa sebarang risiko. Berhati-hatilah terhadap peluang pelaburan seperti itu dan amat penting untuk melabur melalui syarikat yang dilesenkan atau berdaftar. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak untuk mengenalpasti ciri-ciri skim penipuan dan diingatkan untuk melakukan semakan lanjut sebelum membuat sebarang pelaburan. Ingat, katakan #TakNakScam ! 
