mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 – 2022 USAHAWAN: HASMAH BINTI AHMAD

ASQ222

Nama

:

Hasmah binti Ahmad

Umur

:

40 Tahun

Keahlian NADI

:

2019

             

                            

Latar belakang

      • Puan Hasmah atau dikenali sebagai Kak As merupakan menantu peneroka Felda Jengka 16. Beliau mendapat idea untuk menjual bouquet bajet selepas kontrak kerja ditamatkan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda. Lantaran harga setiap bouquet yang murah dan mampu milik serta hasil gubahan yang tampak mewah, sambutan yang diterima orang ramai sangat menggalakkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Hasmah hanya membuat promosi produk jualan bouquet melalui palatform WhatsApp dan juga hebahan secara lisan dalam kalangan para pelanggan sahaja. Oleh kerana teknik yang digunakan ini, ianya tidak banyak membantu untuk mendapat sambutan atau sasaran pelanggan baru agak perlahan. Beliau juga tidak aktif membuat promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

  • Dengan menyertai pelbagai kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak NADI Felda Jengka 16, Puan Hasmah semakin mahir membuat promosi melalui platform Facebook  – Marketplace untuk mengiklankan produk bouquet yang dihasilkannya. Pelanggan semakin bertambah bukan sahaja di sekitar Felda Jengka 16, malah mendapat sambutan dari pelanggan yang berada di luar Felda Jengka 16. Beliau juga semakin mahir menggunakan aplikasi WhatsApp Business untuk menyediakan beberapa jenis katalog mengikut jenis bouquet bagi memudahkan rujukan para pelanggan untuk membuat tempahan.