Gendang Tradisional Lubuk Paku Maran atau lebih dikenali sebagai Gendang Bujang Hilir merupakan simbolik budaya tradisi masyarakat di Maran. Berbanding dengan kompang atau alat muzik yang lain, gendang ini menjadi perkara wajib yang perlu ada khususnya dalam pelbagai Majlis Keramaian, Kenduri Kahwin, Majlis Rasmi dan sebagainya.