TINY TECHIES: BENGKEL SQL (13-17 TAHUN) | |
Tarikh | 17 Mei 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 12:00 Tengah hari |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 3 Orang |
Objektif
Sebuah bengkel SQL bagi mempelajari asas pengaturcaraan bahasa SQL dan teroka teknologi automasi yang terkandung di dalam Program Future Skills For All (FS4A). Penglibatan peserta adalah dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berumur 13 sehingga 17 tahun. Secara asanya, melalui bengkel ini, dapat memperkenalkan dan menambah pengetahuan para peserta tentang bidang sains komputer dengan mempelajari pengaturcaraan (coding) dalam SQL.
Aktiviti
Para peserta diberi bimbingan terlebih dahulu oleh coach Tiny Techies secara dalam talian. Selepas itu, para peseta perlu melayari laman sesawang Program Future Skills For All (FS4A) https://futureskills.moe-dl.edu.my/pengajaran-siri-fs4a dan memilih modul SQL serta melengkapkan tugasan asas pengaturcaraan SQL yang mengadungi 5 pengajaran. Setelah berjaya menyelesaikan kesemua pengajaran, para peserta boleh menyemak keputusan bagi melayakkan mereka memperoleh sijil digital. Melalui sesi bengkel SQL ini juga, para peserta dapat meningkatkan dan memperoleh kemahiran digital yang selari dengan perkembangan teknologi terkini.