KEMPEN INTERNET SELAMAT: WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT LAMAN WEB JAHAT: KENALI TAKTIK LAMAN WEB JAHAT | |
Tarikh | 4 Jun 2025 |
Masa | 11:00 Pagi – 12:00 Tengah hari |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 8 Orang |
Objektif
Sesi webinar Kempen Internet Selamat khusus buat para pelajar yang berusia 13 tahun ke atas. Webinar ini berkongsi tentang pelbagai info mengenai laman web jahat yang boleh mengancam keselamtan yang mana topik pada kali ini membuat kupasan dan membawa perkongsian tentang Laman Web Jahat.
Aktiviti
Perkongsian yang dibawakan melalui webinar ini bertujuan memberi pelbagai informasi dan pengetahuan tentang pentingnya mengetahui bahawa laman web jahat boleh mengancam keselamatan serta memudaratkan jika tidak diatasi. Melalui sesi webinar ini, pelbagai ilmu pengetahuan baharu mengenai laman web jahat dapat ditambah agar menjadi pengguna teknologi digital yang bijak, bertanggungjawab dan tidak mudah terpedaya. Oleh itu, pentingnya membina benteng perlindungan diri yang kukuh bagi melindungi diri dari menjadi mangsa anasir laman web jahat. Kini, penerapan keselamatan siber bukan lagi pilihan, tetapi merupakan satu keperluan.