TINY TECHIES: SANTAI BERSAMA PAK CIK LAN | |
Tarikh | 21 Jun 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 11:30 Pagi |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 17 Orang |
Objektif
Sesi mentor khas Tiny Techies Santai Bersama Pak Cik Lan yang membicarakan tentang Agenda Pemerkasaan STEM Robotik Nasional Bermula Dengan Anda melalui platform Google Meet.
Aktiviti
Pak Cik Lan berkongsi dan membuat kupasan yang menarik berkenaan agenda pemerkasaan ilmu STEM Robotik dan adakah ilmu STEM Robotik ini sukar? Selain itu, Pak Cik Lan turut menggalakkan orang ramai khususnya ibu bapa agar bersama-sama memberi sokongan berterusan dan bersama-sama merapatkan jurang digital dalam kalangan anak-anak agar dunia Tiny Techies terus mendapat tempat di hati mereka. Pendedahan bidang Tiny Techies secara meluas sangat penting terutama dalam kalangan para pelajar sekolah kerana mereka merupakan aset dan masa depan negara untuk diketengahkan sehingga mencapai kejayaan serta kegemilangan.