WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT (13 TAHUN KE ATAS) : MALWARE – BAHAYA TERSEMBUNYI | |
Tarikh | 19 Julai 2025 |
Masa | 11:00 Pagi – 12:00 Tengah hari |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 10 Orang |
Objektif
Webinar Kempen Internet Selamat yang dijalankan khusus buat para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah menengah iaitu berumur 13 tahun ke atas. Tajuk perkongsian yang dibawakan pada sesi webinar kali ini adalah mengenai Malware: Bahaya Tersembunyi.
Aktiviti
Ancaman malware terhadap keselamatan digital pada masa kini kian membimbangkan malahan jika tidak dibendung dengan segera akan memberi kesan mudarat dalam mengharungi dunia digital yang semakin hari semakin canggih. Umum mengetahui bahawa golongan remaja pada masa kini dibesarkan dengan persekitaran dunia digital yang penuh warna-warni dan oleh itu pentingnya menyebarluas pengetahuan tentang keselamatan siber mengenai malware kepada mereka agar dapat menjadi satu keperluan asas yang tidak sesekali boleh diabaikan.
WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT (13 TAHUN KE ATAS) : MALWARE – BAHAYA TERSEMBUNYI