Lokasi Pekan Sehari ini terletak di tengah-tengah Bandar Maran. Aktiviti jual beli adalah pada setiap hari Ahad bagi setiap minggu yang bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Para penggemar ikan air tawar, pastinya tidak akan rugi jika berkunjung ke sini kerana terdapat pelbagai pilihan ikan sungai dengan harga yang murah dan berpatutan.