| PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: DILEA Tuisyen Rakyat – BERSAMA MR ALGEBRA (TINGKATAN 1-5) | |
| Tarikh | 22 Disember 2025 |
| Masa | 3:30 Petang – 4:30 Petang |
| Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
| Peserta | 4 Orang |
Objektif
Sesi ini bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan mengurangkan “Math Anxiety”. Selain itu juga, ianya dapat membantu para peserta untuk memahami konsep algebra secara lebih visual, interaktif dan mudah.
Aktiviti
Guru bimbingan menerangkan konsep asas algebra secara visual dan contoh konsep yang dikongsi adalah seperti pengenalan pemboleh ubah, ungkapan algebra, dan operasi asas. Selain itu, guru juga berkongsi dan menunjukkan secara visual cara menyelesaikan ungkapan atau masalah algebra. Para peserta berpeluang menyertai kuiz interaktif iaitu Mini Challenge: “Solve with Mr Algebra.
PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: DILEA Tuisyen Rakyat – BERSAMA MR ALGEBRA (TINGKATAN 1-5)