mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025: PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: KIS WAR

PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: KIS WAR
Tarikh23 Disember 2025
Masa3:00 Petang – 4:00 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 12 Orang

Objektif

Memberi pendedahan awal kepada para peserta dalam kalangan umur 13-17 tahun tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika serta bertanggungjawab. Menggalakkan amalan digital yang sihat termasuk pengurusan masa skrin, komunikasi berhemah, perlindungan data peribadi, dan kesedaran terhadap jejak digital (digital footprint). Para peserta dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berinformasi dan interaktif. Melalui sesi ini juga, ianya dapat memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran literasi digital mereka.

Aktiviti

Terdapat aktiviti menarik dan menguji minda para peserta melalui permainan interaktif yang dijalankan secara dalam talian menggunakan platform seperti Kahoot, Quiz.com & Quizizz. Terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh para peserta dengan jawapan yang betul. Peserta yang menjawab soalan dengan jawapan yang betul dan masa tercepat akan dinobatkan sebagai pemenang.