mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025: PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: DILEA Tuisyen Rakyat – FUN LAB SAINS

PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: DILEA Tuisyen Rakyat – FUN LAB SAINS
Tarikh23 Disember 2025
Masa3:30 Petang – 4:30 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 4 Orang

Objektif

Meningkatkan minat para peserta terhadap mata pelajaran Sains melalui aktiviti hands-on dan juga eksperimen. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan konsep Kemahiran Proses Sains (KPS) secara praktikal dan mudah diingati.

Aktiviti

Guru bimbingan menerangkan konsep asas kemahiran proses Sains secara visual dan para peserta mempelajari contoh kemahiran seperti pemerhatian, pengukuran, klasifikasi, membuat inferens, meramal dan juga mengubahsuai eksperimen. Sesi ini bertambah menarik apabila para pelajar berpeluang menyertai aktiviti interaktif (Live Exercise) dengan menjawab kuiz interaktif melalui Quizizz berkaitan Kemahiran Proses Sains. Selain itu, terdapat juga Mini Challenge: “Solve with Mr Science” (Fun LMS Quiz) yang mana para peserta boleh mencuba menjawab pelbagai soalan yang terdiri daripada tahap cabaran mudah hingga sederhana.