| TINY TECHIES: ULANG KAJI PYTHON, HTML & SQL (SEKOLAH MENENGAH) | |
| Tarikh | 28 Februari 2026 |
| Masa | 10:30 pagi – 11:30 pagi |
| Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
| Peserta | 3 Orang |
Objektif
Bertujuan mengukuhkan pemahaman para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah menengah terhadap pengaturcaraan Python, pembangunan laman web menggunakan HTML dan pengenalan kepada pangkalan data menggunakan SQL.
Aktiviti
Sesi dimulakan dengan ulang kaji topik Python, HTML dan SQL yang telah dipelajari pada sesi sebelum ini. Para peserta diberikan contoh serta latihan asas bagi meningkatkan tahap kefahaman mereka. Selain itu, para peserta juga berpeluang melaksanakan latihan secara individu dan berkumpulan dengan bimbingan fasilitator. Di samping itu, para peserta turut menyertai kuiz interaktif bagi menguji tahap pemahaman terhadap topik yang dipelajari.
TINY TECHIES: ULANG KAJI PYTHON, HTML & SQL (SEKOLAH MENENGAH)