mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2018 : KAD RAYA KREATIF AIDILFITRI 2018

                               KAD RAYA KREATIF AIDILFITRI 2018

Tarikh

:

28 MEI 2018

Masa

:

3.30 Petang – 4.30 Petang

Lokasi

:

Pusat Internet FELDA Jengka 16

Peserta

:

6 Orang

 

Objektif

      • Menghasilkan Kad Raya Aidilfitri 2018 dengan menggunakan Microsoft Publisher 2018 mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, dapat menambah pengetahuan para pengguna mengenai kelebihan menggunakan Microsoft Publisher iaitu dapat menghasilkan Desktop Publishing dengan mudah, mempunyai pelbagai jenis  template Kad, mempelajari cara untuk mengedit tulisan, gambar kad raya dan  pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing serta hasil kerja yang dibuat boleh dicetak dan disimpan dalam pelbagai format.

  • Aktiviti

      • Pengguna memilih jenis design kad yang diminati di dalam Microsoft Publisher 2018. Selepas itu, pengguna menggunakan kreativiti masing-masing untuk mengolah dan menjadikan kad raya tersebut lebih cantik serta menarik. Menggunakan pelbagai jenis font dan warna yang mampu menyerlahkan lagi hasil karya kad raya. Selain itu, pengguna turut menggunakan carian internet untuk mencari pelbagai gambar bertemakan sambutan Hari Raya untuk dimasukkan ke dalam kad raya yang ingin dihasilkan.