SKY GARDEN JENGKA

Sumber Gambar: Facebook Mohd Rafi Ekramuddin
Sky Garden Jengka merupakan salah satu lokasi menarik di kawasan Jengka 14, Pahang yang terkenal dengan binaan berkonsepkan suasana Kota Rom atau panorama klasik, terutamanya dereten tiang putih yang menjadi latar belakang untuk para pengunjung bergambar kerana lebih menarik dan indah.
Selain itu, kedudukan lokasi yang tinggi memberikan suasana lebih lapang dan para pengunjung dapat menikmati kehijauan pemandangan kawasan sekeliling dengan lebih jelas lagi. Para pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di lokasi ini dengan memilih pelbgai pakej penginapan yang sangat berpatutan. Di sini juga, terdapat Muzium Antik yang pastinya menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Sky Garden.
| Lokasi: | Google Maps: Sky Garden And Adventure Park |
| Nombor telefon: | 017-745 2377 |
| Media sosial: | Facebook: Sky Garden Adventure Park Jengka TikTok: Sky Garden Jengka |