|
Nama |
: |
Rozita Binti Zainal Abdian |
|
Umur |
: |
42 Tahun |
|
Keahlian PI |
: |
25 Februari 2018 |

Latar belakang
Puan Rozita dan suami menjalankan perniagaan kedai runcit yang menjual pelbagai barang keperluan harian. Oleh kerana minat mendalam dengan roti & kek, tercetuslah idea untuk menambah pendapatan sampingan dengan menjual aneka roti dan kek.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Aktiviti harian hanya tertumpu kepada perniagaan kedai runcit sahaja. Boleh menggunakan komputer dan internet, namun masih memerlukan bantuan petugas Pusat Internet untuk memberi bimbingan serta tunjuk ajar. Tidak biasa menggunakan Microsoft Word, Excel & Publisher. Hanya membuat promosi secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan, jiran terdekat dan pelanggan setia kedai runcit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Puan Rozita mengambil inisiatif untuk belajar menggunakan Microsoft Office Publisher dan media sosial. Semakin mahir menggunakan internet dan masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memahirkan teknik pemasaran secara atas talian menggunakan medium Facebook, WhatsApp dan portal Dashboard Komuniti My Shop. Sering membuat promosi melalui aplikasi WhatsApp kumpulan untuk berkongsi informasi aneka roti dan kek kepada orang ramai yang ingin membeli dan mencuba kelazatan produk ini pada harga yang sangat berpatutan. Jualan aneka roti sangat laris terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang begitu menggemari kelembutan dan kesedapan roti tersebut.
-
-
