PROGRAM ADVOKASI DI SK FELDA JENGKA 1 |
||
Tarikh |
: |
22 November 2018 |
Masa |
: |
8.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari |
Lokasi |
: |
Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 1 |
Peserta |
: |
55 Orang |
Objektif
- Program Advokasi Pusat Internet diadakan bertujuan mempromosi dan meningkatkan kesedaran mengenai modul Klik Dengan Bijak (KDB) dalam kalangan para pelajar sekolah rendah seiring dengan kemajuan serta kemudahan ICT pada masa kini. Selain itu, program ini bertujuan memperkenalkan salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Health melalui sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Aktiviti
-
-
-
-
-
Antara perkongsian modul Klik Dengan Bijak (KDB) yang dikongsi adalah Teknologi & Anda, Maklumat Palsu, Buli Siber, Perkongsian Berlebihan dan Siber Grooming. Selain itu, sesi taklimat & promosi Sebenarnya.My serta Mobile E-Waste juga dijalankan. Sesi pemeriksaan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah,timbang berat badan dan glukosa darah My Health secara percuma turut diadakan untuk memberi peluang kepada guru-guru serta kakitangan sokongan sekolah membuat pemeriksaan kesihatan. Bagi memupuk semangat bekerjasama, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan yang merangkumi aktiviti kuiz Kahoot.it, Puzzle Online Uptoten (UTT) dan Computer Parts Word Search Puzzle.
-
-
-
-