|
Nama |
: |
Noor Yatimah Binti Bohari |
|
Umur |
: |
44 Tahun |
|
Keahlian PI |
: |
10 Mei 2016 |

Latar belakang
- Menjual pelbagai produk makanan ringan seperti bahulu,Kerepek Bawang, Kuih Sepit, Mini Popia, Rempeyek Kacang Tanah, Rempeyek Ikan Bilis, Buah Rotan, Buah Bijan, Roti Sosej, Kek Butter dan pelbagai lagi. Menjual secara terus kepada pelanggan di rumah dan turut menjadi pembekal produk untuk dijual di kedai-kedai runcit serta stesen minyak berdekatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Noor Yatimah hanya berniaga secara offline dan menjual produk keluarnya hanya di kawasan setempat Felda Jengka 16. Selain itu, beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer malahan agak kekok apabila pertama kali ingin menggunakannya. Sekadar mendengar tentang promosi online dan transaksi perbankan online melalui rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Semakin mahir menggunakan komputer dan internet. Seiring dengan perkembangan dan kesedaran betapa pentingnya mendapat pengiktirafan sijil halal dalam perniagaan produk makanan, beliau menyertai latihan keusahawanan Sistem MyeHalal yang banyak mendapat bimbingan dari petugas Pusat Internet Felda Jengka 16 untuk melengkapkan permohonan tersebut menerusi laman sesawang http://www.halal.gov.my.
-