mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2018 : MINI DASHBOARD KOMUNITI MY HEALTH – PEMERIKSAAN KESIHATAN DISEMBER 2018

            MINI DASHBOARD KOMUNITI MY HEALTH – PEMERIKSAAN 

                                       KESIHATAN DISEMBER 2018

Tarikh

:

27 Disember 2018

Masa

:

10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Lokasi

:

Pusat Internet FELDA Jengka 16

Peserta

:

34 Orang

 

Objektif

    • Sesi pemeriksaan kesihatan My Health yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah, timbang berat badan & bacaan indeks BMI. Selain itu, bertujuan mempromosi & memperkenalkan salah satu modul di dalam Dashboard Komuniti iaitu My Health.  

 

Aktiviti

          • Program dimulai dengan sesi pemeriksaan tekanan darah iaitu pemeriksaan tekanan darah kepada para pengguna. Jika bacaan yang dicatat oleh komuniti yang diperiksa adalah tidak normal, mereka disarankan untuk menjalani pemeriksaan susulan di Klinik Desa Felda Jengka 16. Selain itu, sesi pemeriksaan paras gula dalam darah dilakukan oleh Jururawat Masyarakat Klinik Desa Felda Jengka 16 iaitu Puan Siti Nurulain binti Shaari. Pemeriksaan ini sangat penting bagi memastikan para komuniti berada dalam keadaan sihat & terkawal dari penyakit diabetis. Sesi berikutnya, adalah timbang berat badan & ukur ketinggian (BMI) bertujuan memeriksa kadar berat badan serta ketinggian komuniti agar menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak. Cara pengiraan BMI juga dikongsi bersama komuniti yang hadir. Aktiviti Body Scan Analysis oleh pihak Herbalife Felda Jengka 16 turut diadakan iaitu bertujuan mengenalpasti kadar umur metabolisme dalaman para komuniti sama ada sesuai dengan usia. Sesi konsultasi juga diberi oleh Team Herbalife sebagai galakkan untuk memastikan komuniti mengamalkan gaya hidup yang sihat.

             Gambar Di Sini