PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET RANTAU PERINTIS |
||
Tarikh |
: |
19 Januari 2019 |
Masa |
: |
8.30 Pagi – 1.30 Petang |
Lokasi |
: |
Pusat Internet Rantau Perintis |
Peserta |
: |
112 Orang |
Objektif
-
-
- Program Jom Sihat Sihat Bersama Pusat Internet Rantau Perintis diadakan bertujuan mempromosi salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Health dalam usaha menerapkan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.
-
Aktiviti
Program bermula dengan sesi pendaftaran pengunjung dan diikuti dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan oleh pihak Klinik Kesihatan Bandar Jengka. Selain itu, aktiviti derma darah turut berlangsung yang dikendalikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran, Demonstrasi Memadam Kebakaran oleh Balai Bomba & Penyelamat Bandar Jengka, Taklimat kesihatan berkenaan Kanser Servik dan Payu Daya, pemeriksaan Pap Smear serta pemeriksaan payu dara turut diadakan bagi memupuk kesedaran orang ramai khususnya kaum wanita agar mengambil berat tentang pentingnya menjaga kesihatan. Antara pihak yang mengambil bahagian bagi sesi pameran ialah pameran kesihatan oleh PKD, Kolej Komuniti Jerantut dan Giat Mara. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini iaitu, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Menaip Artikel Kesihatan, Menu Sihat Sandwich, Cabutan Nombor Bertuah dan pelbagai lagi.