mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2019 : PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA JENGKA 15

       PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA 

                                                  JENGKA 15

Tarikh

:

26 Januari 2019

Masa

:

7.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari

Lokasi

:

Klinik Desa Felda Jengka 15

Peserta

:

230 Orang

 

Objektif

      • Program Jom Sihat Sihat Bersama Pusat Internet Felda Jengka 15 diadakan bertujuan mempromosi salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Health dalam usaha menerapkan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti Felda Jengka 15.

 

Aktiviti

Program bermula dengan sesi pendaftaran pengunjung dan diikuti dengan aktiviti Fun Run dan seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh pihak Klinik Desa Felda Jengka 15. Selain itu, taklimat pemakanan sihat oleh Pakar Pemakanan Klinik Kesihatan Bandar Jengka juga berlangsung. Bagi memupuk kesedaran orang ramai khususnya kaum wanita agar mengambil berat tentang pentingnya menjaga kesihatan sesi pemeriksaan Pap Smear turut diadakan. Antara aktiviti-aktiviti menarik lain yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak & Dewasa , Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti, Cabutan Nombor Bertuah dan pelbagai lagi.