mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2019 : PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA JENGKA 9

       PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA

                                                JENGKA 9

Tarikh

:

27 Januari 2019

Masa

:

8.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Lokasi

:

Pusat Internet Felda Jengka 9

Peserta

:

75 Orang

 

Objektif

      • Program Jom Sihat Sihat Bersama Pusat Internet Felda Jengka 9 diadakan bertujuan mempromosi salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Health dalam usaha menerapkan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Sesi pemeriksaan kesihatan My Health yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah, timbang berat badan, & BMI dijalankan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Felda Jengka 8 serta Klinik Desa Felda Jengka 9. Selain itu, sesi Taklimat Kesihatan Kanser Serviks turut diadakan yang disampaikan oleh Dr. Muruga dari Klinik Kesihatan Felda Jengka 8 untuk memupuk kesedaran orang ramai khususnya kaum wanita agar mengambil berat tentang pentingnya menjaga kesihatan.  Pelbagai aktiviti lain turut dijalankan sepanjang program ini seperti Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Menaip Artikel Kesihatan, Menu Sihat Berasaskan Oat, Cabutan Nombor Bertuah dan pelbagai lagi.