mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKITIVITI MAC 2019 : PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA JENGKA 16

             PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PI FELDA JENGKA 16

Tarikh

:

02 Mac 2019

Masa

:

8.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari

Lokasi

:

Pusat Internet Felda Jengka 16

Peserta

:

262 Orang

 

Objektif

      • Program ini diadakan bagi mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi yang lebih peka terhadap amalan penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup yang sihat. Memperkenalkan Pusat Internet sebagai “one stop digital centre” dan tempat rujukan komuniti sihat yang boleh dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi dalam kalangan komuniti setempat.  Selain itu, adalah bagi mempromosi dan memperkenalkan salah satu modul Dashboard Komuniti , iaitu My Health seiring dengan keperluan komuniti setempat terutama yang berkait rapat dengan pentingnya memelihara dan menjaga kesihatan diri dalam persekitaran yang bersih serta ceria.  

Aktiviti

1) Wellness Fun Run & Plogging

Aktiviti fizikal melibatkan gabungan acara larian sambil mengutip sampah yang disertai oleh pelbagai lapisan umur iaitu pelajar sekolah, belia dan warga emas/veteran.

2) Kemaskini & Penyerahan Dokumen Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Temerloh.

3) Pertandingan Menu Sarapan Sihat.

Pertandingan menu sihat yang bertemakan sarapan pagi. Para peserta perlu menyediakan satu hidangan sarapan pagi berasaskan bahan-bahan yang sihat seperti sandwich, oat, salad dan pelbagai lagi. Para peserta perlulah mengimbangi hidangan sebaik mungkin untuk memenangi pertandingan ini yang dinilai oleh Pakar Sains Pemakananan (PSP) Puan Nurul Izzah Binti Othman.

4) Pemeriksaan Kesihatan My Health – (Tekanan Darah, Gula Dalam Darah, timbang berat & ukuran tinggi – BMI).

Sesi pemeriksaan kesihatan my health yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah, ukuran tinggi dan timbang berat badan (BMI) dijalankan dengan kerjasama para petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran & Klinik Kesihatan Bandar Jengka.

5) Pemeriksaan Pap Smear.

6) Kuiz Kesihatan Kahoot.It.

7) Taklimat pemakanan sihat oleh Pakar Sains Pemakanan (PSP) – Puan Nurul Izzah Binti Othman.

8) Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB).

9) Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti (PI) V3.

10) Pertandingan Dashboard Komuniti – My Place.

11) Pertandingan Dashboard Komuniti – My Komuniti (Artikel Kuasa Sarapan).

12) Sesi Santai Bersama Usahawan – Teknik Promosi Melalui Dashboard Komuniti My Shop, Facebook & Instagram.