Hasan bin Abu atau lebih dikenali ramai dengan nama Chik Asan merupakan seorang penyanyi yang memperjuangkan lagu loghat Pahang. Telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak tahun 90an lagi dan bakat yang dimiliki digunakan bagi meneruskan legasi bahasa atau loghat Pahang agar kembali gemilang. Mempunyai album pertama yang bertajuk Kesoh Koi dan kini dalam proses menyiapkan album nyanyian kedua.