Jom nikmati makanan laut di Maran! Dengan hidangan yang lazat, kuantiti yang banyak, hasil laut yang segar dan permandangan yang menarik, D’Maran Shellfood adalah restoran terbaik bagi penggemar makanan laut yang harus dikunjungi. Dimiliki oleh Cik Almas binti Mohd Asri dan waktu operasi perniagaan adalah pada setiap hari Isnin – Ahad (Kecuali Selasa -Tutup) bermula pada pukul 3.00 Petang sehingga 10.30 malam. Antara menu shellout yang disediakan adalah Kari, Masak Lemak Cili api, Sambal dan Butter Milk. Harga yang ditawarkan pasti berbaloi!