Dewan Arena Chenor merupakan sebuah dewan yang berkapasiti besar dan boleh memuatkan kira-kira 2000 orang tetamu. Dewan ini boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, indoor games, seminar dan pelbagai lagi. Selain itu, keluasan tempat meletak kenderaan mampu membuatkan para pengunjung berpuas hati dan selesa untuk bertandang ke sini. Menurut penyelia Dewan Arena Chenor iaitu Encik Sabri, kemudahan lain yang turut disedikan di dewan ini adalah bilik tetamu yang juga boleh dijadikan ruangan solat, bilik VIP, tandas yang banyak dan diasingkan lelaki serta perempuan. Turut menyediakan kemudahan tandas untuk gologan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga bilik menukar lampin bagi bayi. Kadar sewa amat berpatutan iaitu RM 1000.00 termasuk pembersihan dan RM 800.00 tidak termasuk pembersihan.