Merupakan sebuah projek tanaman jagung secara berkelompok yang diusahakan oleh komuniti kampung iaitu Persatuan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) bagi menambahkan pendapatan isi rumah dan mengurangkan pembaziran tanah. Projek usahatani ini telah bermula sejak tahun 2015 dan terus berkembang sehingga kini. Menekankan aspek berbudi kepada tanah, hasil tuaian jagung yang berkualiti ini sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat setempat dan juga masyarakat luar.