mcmc
Galeri Video

JANGAN TERPEDAYA DAN MENJADI MANGSA KELDAI AKAUN

Jangan terpedaya dengan tawaran wang yang lumayan dan mudah melalui atas talian iaitu lebih dikenali dengan penipuan keldai akaun. Keldai akaun adalah sebahagian operasi terbaru sindiket yang menggunakan akaun bank individu untuk menghantar ataupun menerima wang bagi pihak sindiket yang bertujuan agar penipuan sindiket tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Wang yang digunakan melalui cara ini akan digunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Sumber: ABM – The Association of Banks In Malaysia