Perniagaan roti yang sangat terkenal dan popular di sekitar Jengka, Pahang iaitu Jengka Bakery. Terletak di Felda Jengka 11 dan perniagaan ini telah diusahakan sejak 3 Mei 1984. Menjadi kilang / tempat pemprosesan dan penghasilan aneka roti seperti Roti Kaya, Roti Sardin dan pelbagai lagi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat khususnya warga Jengka.