Kawasan rekreasi taman tema air yang dibuka secara rasminya pada 1 Disember 2018. Lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah dan bersantai. Waktu operasi adalah pada hari biasa bermula pada 10.30 pagi hingga 7.30 malam. Manakala waktu operasi bagi hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum juga dibuka bermula 9.00 pagi hingga 7.30 malam. Hanya tutup pada hari Khamis. Para pengunjung yang datang boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.