mcmc
Galeri Video

KEDAI MAKAN UDANG CELUP TEPUNG VIRAL BANDAR JENGKA – MENARIK DI MARAN

Kali ini Menarik di Maran berkunjung ke Kedai Makan Udang Celup Tepung Viral Bandar Jengka. Terletak di jalan menuju ke UiTM Jengka dan JPJ Bandar Jengka. Terdapat juga pelbagai menu lain yang boleh dinikmati orang ramai di kedai ini seperti ikan celup tepung, sotong celup tepung, baby crab celup tepung, mee goreng, nasi goreng, kuey teow goreng, lemang tokwan d’ sawit, abc, laichikang dan lain-lain lagi pada harga yang sangat berpatutan serta berbaloi. Pengunjung dapat menikmati hidangan dalam suasana lokasi yang santai, luas dan terbuka serta selesa di bawah pohon kelapa sawit. Selain itu, kedai ini sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi oleh kumpulan bermotor dan kereta untuk dikunjungi.