mcmc
Keselamatan

KESELAMATAN

PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) FELDA JENGKA 16

 

 Pondok Kawalan RELA Felda Jengka 16

Demi menjaga keselamatan masyarakat setempat, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjadi nadi penting dalam memainkan peranan dan amanah yang diberi kepada komuniti khususnya dari segi aspek keselamatan. Selain itu, anggota RELA turut telibat dalam membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan bagi sesebuah kawasan. Jika dahulu RELA hanya dipandang kerana menjaga lalu lintas di sekolah dan majlis, namun kini tidak lagi apabila RELA akan turut berganding bahu dengan pihak berkuasa menjaga keselamatan di kawasan yang terbabit dengan menggiatkan rondaan pada setiap malam sama ada di kawan taman atau kampung. Selain itu juga anggota RELA turut memainkan peranan besar dalam masyarakat dengan mempraktikkan sistem rondaan sebagai platform utama. Melalui RELA juga, rakyat dapat memainkan peranan sebagai duta kecil dengan tampil membantu memelihara serta mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.

(Sumber: Sinar Harian, 21 Jun 2014)

 

 PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) FELDA JENGKA 16