mcmc
Kesihatan

KLINIK DESA FELDA JENGKA 16

 

  

 Klinik Desa Felda Jengka 16 telah dibina pada tahun 1982

Sejarah perkhidmatan kesihatan di Malaysia bermula sejak sebelum era kemerdekaan lagi iaitu apabila ketika itu pembinaan hospital adalah bagi bertujuan merawat para pekerja bagi industri perlombongan bijih timah. Bayaran sebanyak 50 sen bagi setahun dikenakan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan.

(Sumber: http://www.moh.gov.my/)

Umum mengetahui bahawa perkhidmatan kesihatan di klinik desa diwujudkan bagi memberi tumpuan kepada rawatan ibu dan bayi. Namun begitu, bermula Ogos 2010, klinik desa telah dinaik taraf apabila turut diperluaskan untuk memberi rawatan penyakit ringan termasuk demam, batuk dan selesema. Selain itu juga, bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di klinik desa, penyediaan pembantu perubatan di setiap klinik dilakukan secara berperingkat.

(Sumber: Harian Metro,9 Julai 2010)

 PETUGAS KLINIK DESA JENGKA 16

  • JM Noor Azimah – Nombor Telefon : 012-955 4970
  • JM Siti Nurul Ain Shaari – Nombor Telefon : 011-1980 2595