mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SUKU TAHUN PERTAMA 2017

aflusSS

  

Nama

:

Hisamuddin bin Sahran

Umur

:

34 Tahun

Keahlian PI

:

09 Jun 2016

 

                  aflusSS1

Latar belakang

Encik Hisamuddin bin Sahran merupakan seorang anak peneroka Felda dan bercita-cita untuk meluaskan empayar perniagaan dan perkhidmatan bengkel beliau iaitu Aflus Autocare Service agar lebih dikenali di samping menjana keuntungan. Bengkel ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Pelanggan boleh berkunjung ke bengkel ini bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada peringkat awal Encik Hisamuddin tidak begitu mahir menggunakan perisian Microsoft Office 2010 (Word, Excel dan PowerPoint) untuk membuat kerja-kerja pengurusan pejabat yang memerlukan segala dokumen ditaip dan dicetak. Beliau juga begitu kekok menggunakan sumber internet untuk mencari sesuatu informasi untuk mempromosi perkhidmatan bengkel yang ditawarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan menghadiri kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 16, Encik Hisamuddin telah menjadikan medium facebook, Instagram, portal Dashboard Komuniti My Shop dan WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan membaik pulih kenderaan Aflus Autocare Service dan perniagaan beliau. Pelanggan sekitar semakin bertambah untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di bengkel ini dan pada masa yang sama, Beliau juga semakin mahir dan kreatif menggunakan medium-medium promosi secara online di samping menguasai cara menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk menaip surat rasmi membuka akaun syarikat. Selain itu, beliau juga semakin mahir membuat invois dan sebut harga bagi menjana pendapatan bengkel beliau.