Dimiliki dan diusahakan oleh Puan Noor Yatimah binti Bohari. Beliau telah memulakan perniagaan aneka makanan ringan ini bermula sekitar tahun 1999 iaitu melalui warisan keluarga. Memiliki 7 orang pekerja sebagai tenaga sokongan untuk pemprosesan pengeluaran produk. Produk yang dihasilkan bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Felda Jengka 16, bahkan turut mendapat perhatian dan tempahan dari pihak luar. Selain itu, perniagaan ini turut menjadi pembekal makanan ringan bagi Stesen Minyak Petronas berhampiran dan juga syarikat Madinah Food.
Pengusaha |
Noor Yatimah Binti Bohari |
|
Kerepek Bawang, Bahulu, Kuih Sepit, Mini Popia, Rempeyek, Kacang Tanah, Rempeyek Ikan Bilis, Buah Rotan, Buah Bijan, Kek Butter, Roti Sosej dan pelbagai lagi. |