mcmc
Galeri Video

KINABALU HILL FELDA JENGKA 12 – MENARIK DI MARAN

Lokasi terbaharu yang dikenali sebagai Kinabalu Hill Jengka 12. Merupakan salah satu tarikan buat warga Jengka dan juga Maran yang gemar menyertai aktiviti fizikal. Sesuai untuk lakukan aktiviti pendakian kerana memiliki pemandangan yang indah dan memukau jika para pendaki melakukan pendakian seawal jam enam pagi. Ketinggian bukit 145 meter dan sesuai dijadikan sebagai aktiviti riadah beramai-ramai. Di puncak lokasi ini, pengunjung berpeluang menyaksikan keindahan matahari terbit dan keindahan matahari terbenam pada sebelah petangnya.