| Lifelong Learning (Pembelajaran Sepanjang Hayat) – MAHIR Masak Nama: Rozita binti Zainal Abdian Umur: 49 tahun Ahli: 2018 |
Latar Belakang
Puan Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ita merupakan anak peneroka Felda dan menjalankan perniagaan kedai runcit.
Sebelum Penglibatan Perkhidmatan Pintar NADI / Penggunaan ICT
Puan Rozita hadir ke NADI jika mempunyai urusan berkaitan dokumentasi dan lebih kerap menggunakan akses internet di rumah dengan menggunakan telefon pintar. Tidak yakin dan sering kali memaklumkan tidak begitu mahir menggunakan komputer / PC.
Selepas Penglibatan Perkhidmatan Pintar NADI / Penggunaan ICT
Puan Rozita merupakan salah seorang peserta MAHIR Masak NADI Felda Jengka 16 bagi kursus penuh pengambilan kedua 2025. Beliau menyertai sesi ini kerana minat yang mendalam dan ingin menambah pengetahuan baharu serta kemahiran dalam penyediaan makanan serta minuman.
Melalui kursus ini juga beliau dapat mempelajari cara meyediakan dan membuat aneka resepi seperti pembuatan minuman mocktail iaitu Mojito Orange Juice, Mojito Soda Herbs serta Mojito Blue Lagoon. Kini, beliau telah menjadikan minuman mocktail sebagai salah satu tarikan jualan di kedai beliau, yang mana ianya kini menjadi satu minuman kegemaran dan mendapat permintaan tinggi dari para pelanggannya.
Selain itu, beliau turut mempelajari pembuatan minuman berasaskan kopi seperti Latte panas, Cuppucino Ice dan Mocha Iced. Puan Rozita juga berpeluang belajar membuat Korean Garlic Cheese Bun, Pizza (Hawaiian Chicken, Beef Pepperoni & Vegetarian) dan Red Velvet Soft Cookies.
Beliau juga sentiasa memberi komitmen yang baik apabila sentiasa hadir ke sesi Short Learning Series (SLS) untuk menambah lagi pengetahuan tetang masakan. Antara sesi SLS yang beliau hadir adalah Simple, Crunchy & Yummy Crab Rangoon Pembuatan Banana Pudding Viral Dan Haemul-Pajeon (Green Onion Pancake).
Puan Rozita juga sering hadir ke NADI Felda Jengka 16 untuk menyertai sesi program dan aktiviti yang dianjurkan seperti perkhidmatan pintar lain iaitu Inisiatif Kerajaan, NADI X Wellbeing bagi saringan kesihatan dan juga webinar. Beliau juga kerap kali menyertai kelas latihan ICT, program komuniti dan sebagainya yang diadakan di NADI Felda Jengka 16.