| Lifelong Learning (Pembelajaran Sepanjang Hayat) – Tiny Techies Nama: Nur Aiyani Adawiyah Umur: 15 tahun Ahli: 2021 |
Latar Belakang
Adawiyah merupakan pelajar Tingkatan 3 di sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16. Beliau juga merupakan pengawas pusat sumber dan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
Sebelum Penglibatan Perkhidmatan Pintar NADI / Penggunaan ICT
Sebelum menghadiri dan menyertaan aktiviti atau program di NADI, beliau mengulangkaji pelajaran hanya menggunakan telefon pintar dan buku teks sebagai rujukan. Kaedah tersebut menyebabkan berlaku beberapa kekangan seperti capaian data internet yang tidak memuaskan dan jua maklumat di buku teks agak terhad. Selain itu, beliau kurang jelas tentang apa itu Tiny Tchies namun berminat untuk mengetahuinya dengan menyertai program perkhidmatan pintar pembelajaran sepajang hayat (lifelong learning) – Tiny Techies yang dijalankan di NADI Felda Jengka 16.
Selepas Penglibatan Perkhidmatan Pintar NADI / Penggunaan ICT
Beliau merupakan peserta yang sangat berdedikasi bagi Program Mentor Tiny Techies apabila menghadiri 6 sesi kelas yang mendapat bimbingan dari IR. Abdul Karimi bin Halaim iaitu Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Kolej Pengajian Kejuruteraan Pahang B (Sekolah Menengah). Selepas selesai kesemua sesi mentor tersebut, Adawiyah bersama rakannya Safiyyah menjalani sesi ujian kelayakan dan mereka telah memperoleh skor markah yang baik sehingga layak serta terpilih mewakili negeri Pahang ke sesi Bootcamp & Pertandingan Sumo / Inovasi Peringkat Wilayah Timur bagi kategori sekolah menengah yang berlangsung di UiTM Dungun Terengganu pada 27 hingga 29 Ogos 2025. Pada sesi Bootcamp tersebut, Adawiyah dan Safiyyah telah menghasilkan sebuah ciptaan yang diberi nama Tongkat Pintar.