mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 – 2022 USAHAWAN: NOR HANINAH BINTI RAMLI

HANINAH Q122

Nama

:

Nor Haninah binti Ramli

Umur

:

47 Tahun

Keahlian NADI

:

2016

             

                         

Latar belakang

      • Puan Nor Haninah memulakan perniagaan karipap goreng panas pada sekitar tahun 2020 secara kecil-kecilan di Felda Jengka 16. Oleh kerana permintaan semakin meningkat, beliau mula mengatur langkah baharu dengan menjual karipap sejuk beku (frozen) yang dikenali sebagai Karipap Acu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Tidak begitu mahir dengan selok-belok promosi perniagaan atas talian dan hanya melakukan promosi kepada pelanggan hanya sekadar kecl-kecilan iaitu melalui jiran, rakan-rakan terdekat dan juga WhatsApp kepada yang dikenali sahaja. Tidak aktif membuat promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

    • Semakin aktif mempromosi Karipap Acu secara konsisten setelah mendapat bimbingan dari petugas NADI iaitu dengan menjadikan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sebagai platform promosi untuk memastikan orang ramai lebih mengenali karipap frozen Acu yang ranggup, sedap dan lazat.