Nama |
: |
Wahidin bin Shar |
Umur |
: |
32 Tahun |
Keahlian NADI |
: |
2019 |
Latar belakang
- Encik Wahidin merupakan anak peneroka Felda Jengka 16 dan telah memulakan perkhidmatan sebagai jurufoto pada sekitar tahun 2017 di sekitar Bandar Jengka, Pahang. Menghadiri pelbagai kurus fotografi untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada. Sering menjadi pilihan untuk menjadi jurufoto bagi majlis pertunangan, perkahwinan dan pelabagai lagi aktiviti keraian yang memerlukan khidmat jurugambar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Encik Wahidin kurang mahir dalam mempraktikkan konsep asas perniagaan bagi memastikan perniagaannya sentiasa berada dalam keadaan yang tersusun dan lancar. Sekadar merekod atau menyimpan maklumat dan transaksi para pelanggan hanya dengan berpandukan screen shot sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
-
Melalui penyertaan pelbagai kelas latihan keusahawanan dan juga kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh NADI Felda Jengka 16, Encik Wahidin semakin mahir menggunakan Microsoft Word dan juga Microsoft Excel untuk merekod segala hal-hal berkaitan tempahan, transaksi dan juga rundingan para pelanggan. Mendapat pendedahan dan juga menambah pengetahuan tentang kepentingan promosi melalui platform Facebook (Marketplace) serta aplikasi WhatsApp Business bagi menambah ramai pelanggan juga lebih dikenali.