Nama |
: |
Norhana binti Mohamad |
Umur |
: |
43 Tahun |
Keahlian NADI |
: |
2016 |
Latar belakang
- Puan NorHana merupakan menantu peneroka yang kini menetap di Felda Jengka 16. Seiring dengan perkembangan IT serta jualan secara luar talian (offline) yang kurang memberangsangkan, beliau mengambil inisiatif untuk mula menyertai program TikTok affiliate yang dijalankan oleh pihak NADI Felda Jengka 16 pada bulan Jun 2023.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Norhana kurang mahir menggunakan aplikasi TikTok untuk meniaga secara atas talian. Beliau turut menghadapi masalah untuk memasukkan produk di dalam beg kuning TikTok miliknya. Puan Norhana juga turut kecewa lantaran live di TikTok miliknya kurang mendapat sambutan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
-
Melalui penyertaan pelbagai kelas latihan keusahawanan dan latihan ICT yang dijalankan oleh NADI serta mendapat bimbingan dari petugas NADI Felda Jengka 16, Puan Norhana semakin mahir menggunakan platform TikTok dan juga Whatapps Business untuk mengiklankan perniagaan secara online. Teknik penggunaan platform TikTok dan Whatapps Business ini telah membantu beliau memperoleh lebih ramai pelanggan baru. Selain itu, teknik live TikTok yang diajar oleh petugas NADI dipraktikkan dengan sebaiknya sehingga boleh menampakkan hasil iaitu komisen jualan affiliate beliau mencecah RM200-RM300 tanpa perlu keluarkan modal.