|
Nama |
: |
Mazni binti Ahmad Ghazali |
|
Umur |
: |
36 Tahun |
|
Keahlian PI |
: |
18 November 2016 |

Latar belakang
Puan Mazni merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan begitu bersemangat serta berkeinginan tinggi dalam menjalankan aktiviti berniaga. Menjual biskut & kuih-muih seperti semperit, kuih siput dan bahulu. Berniaga secara atas talian dan juga menjual secara terus kepada pelanggan di rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Mazni hanya berniaga secara offline dan menjual biskut dan kuih hanya kepada kenalan serta kawan terdekat. Hanya giat menjual pada musim perayaan dan menunggu tempahan dari pelanggan. Selain itu, tidak begitu mahir menggunakan komputer malahan agak gementar apabila pertama kali ingin menggunakannya. Sekadar mendengar tentang promosi online dan transaksi perbankan online melalui rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Mula membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan produk biskut dan kuih dengan mendapat galakkan rakan-rakan untuk berkunjung ke Pusat Internet FELDA Jengka 16 bagi mempelajari perkara berkaitan internet dan latihan keusahawanan. Memuat turun aplikasi Whatsapp sebagai langkah mempromosi produk dan membuat carian di internet tentang cara-cara membuat promosi perniagaan yang berkesan. Mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk membuat promosi secara online menggunakan portal Dashboard Komuniti My Shop. Selain itu, turut menggunakan medium Facebook untuk meningkatkan lagi promosi perniagaan . Kini perniagaannya tidak hanya tertumpu di sekitar Felda Jengka 16 namun dari pelbagai tempat dan pendapatan bulanan juga kian meningkat serta semakin dikenali.
-
