mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2020

Nor1

Nama

:

Norizan Mohamed

Umur

:

31 Tahun

Keahlian PIK

:

2020

             

                     Nor22

Latar belakang

      • Menjalankan perniagaan menjual pakaian kanak-kanak secara offline dan online. Mempunyai kedai online Shopee yang dikenali sebagai kedai Baju Budak Iezmiesyariez. Pakaian yang dijual seperti Pyjamas Boy & Girl Baju Tidur Budak Sleepwear Cotton, Singlet Dress Girl Cotton, Jogger Pants Boy Brand Q&K Size 1y-6y, Pyjamas Girls Sleepwear Cotton Dan Jersey, Pyjamas Unisex Sleepwear Cotton Frog dan pelbagai lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memerlukan bimbingan dari petugas Pusat Internet Komuniti untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan ICT yang sedia ada. Tidak begitu mahir dengan selok-belok promosi perniagaan atas talian. Promosi tidak meluas hanya sekadar kecil-kecilan iaitu melalui jualan langsung, Facebook dan WhatsApp kepada rakan-rakan yang dikenali sahaja. Hebahan tidak secara meluas dan tidak aktif membuat promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

    • Semakin giat mempromosi jualan pakaian kanak-kanak secara konsisten iaitu dengan menjadikan media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan juga online Shopee yang dikenali dengan nama kedai Baju Budak Iezmiesyariez sebagai platform promosi Selain itu, beliau turut mempelajari teknik penulisan / copy writing melalui kelas latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 16.