mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2021

SSI2

Nama

:

Intan Syafinaz binti Zakaria

Umur

:

29 Tahun

Keahlian PEDi

:

24 Mei 2021

             

                     SSI1

Latar belakang

      • Intan Syafinaz merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi mengisi masa terluang, beliau mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran dan juga membantu jirannya membuat roti canai frozen. Mendapat galakkan daripada jirannya iaitu Mak Cik Sam supaya belajar menghasilkan roti canai dan menjualnya sendiri menggunakan resepi yang dikongsi oleh Mak Cik Sam. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti (PIK)

Tidak begitu mahir dengan selok-belok promosi perniagaan atas talian. Menjual roti canai gebu frozen empat segi hanyalah sekadar mencuba dan mahu menambah pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup. Promosi kepada pelanggan hanya sekadar kecl-kecilan iaitu melalui jiran, rakan-rakan terdekat dan juga WhatsApp kepada yang dikenali sahaja. Tidak aktif membuat promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

    • Semakin aktif mempromosi roti canai gebu frozen empat segi secara konsisten iaitu dengan menjadikan media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Shopee sebagai platform promosi untuk memastikan orang ramai lebih mengenali roti canai hasil tangannya yang gebu, sedap dan lazat.