|
Nama |
: |
|
|
Umur |
: |
37 Tahun |
|
Keahlian PI |
: |
22 Julai 2016 |
Latar belakang
Merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan pakaian blouse untuk pelbagai lapisan umur. Selain itu, turut menjual pelbagai produk kecantikan seperti jamu, lipstick, produk penjagaan muka dan pelbagai lagi. Turut menjadi pengedar sah beberapa produk kecantikan. Disamping itu, menjalankan perniagaan pakaian blouse dengan membuka tapak berniaga di pelbagai tempat seperti Pekan Sehari di pelbagai kawasan dan juga Pasar Panas atau lebih dikenali dengan Jengka Street.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Tidak biasa menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dan Microsoft Publisher. Tidak begitu arif menggunakan perkhidmatan online seperti perbankan internet Maybank2u dan juga jaringan perhubungan email.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 16, kini semakin mahir menggunakan perisian Microsoft Office. Menggunakan Microsoft Word untuk menaip surat dan Microsoft Publisher untuk menghasilkan “Business Card” perniagaan beliau. Selain itu, turut menggunakan medium Facebook dan Portal Dashboard Komuniti My Shop untuk meningkatkan lagi promosi perniagaan. Pelanggan kini tidak hanya tertumpu di sekitar Felda Jengka 16, malahan turut menerima tempahan secara online dari pelbagai tempat. Pendapatan bulanan kian meningkat. Puan Hana juga semakin mahir menggunakan sistem perbankan Online Maybank2u untuk menyemak transaksi. Email turut digunakan untuk berhubung dengan para pelanggan.
-